Seperti website rohani lain, AD juga mempunyai peraturan-peraturan sendiri. AD membuat peraturan ini untuk membetulkan mana yang salah. Di bawah ialah peraturan-peraturan AD.
Peraturan Berat!
1) DiLARANG Sama SEKALI perdebatan antara AGAMA(Inter-Faith) di AD.
2) Dilarang posting/artikel berbentuk kata2 lucah dan kotor.
3) Dilarang posting/artikel yang boleh menyinggung dominasi2 atau doktrin gereja2 lain.
4) Dilarang username yang berbentuk lucah dan mengandungi anti kristian.
5) Para Admin dan Moderator merupakan manusia yang dapat berbuat salah dan memiliki banyak masalah seperti ADers yang lain. Apabila ADers merasa tindakan kami tidak adil, ADers tidak boleh posting yang mengancam, menghina para Admin dan Moderator. Tetapi ADers dapat mengirim email ke ryan.veil@gmail.com / sms - 0138242820 dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan segala perselisihan faham.
6) Para Admin dan Moderator berhak untuk menghapus, mengubah, memindahkan posting ADers. Kami juga berhak untuk mengganti avatar, signature, memberikan peringatan, melakukan suspension, dan melakukan ban terhadap IP address terhadap warga yang di anggap melanggar peraturan di AnakDomba.com.
Peraturan Umum
1. ADers hanya di dibolehkan untuk mempunyai satu username. Penggunaan username lebih dari satu dengan tujuan untuk mengacaukan diskusi atau mendukung diskusi2 anda, akan menyebabkan username anda untuk di disable.
2. Bahasa rasmi di Forum AnakDomba.com adalah bahasa Malay + Indonesia + English. Bahasa lain yang dapat di gunakan adalah bahasa daerah spt Iban, Bidayuh, Kadazan, Dusun,Cina dan lain2. ADers boleh menggunakan bahasa2 lainnya asal mempunyai translations.
3. ADers tidak di izinkan untuk mengirim posting yang di sertai oleh commission, referral links, dan affiliate links. *NEW: yang dimaksud referral atau affiliate links adalah link utk menambah commission, downline, dsb yang mengarah pada tujuan bisnis. sedangkan untuk link ke situs2 lainnya dikecualikan dengan perhatian Mods/Admin.
4. ADers tidak di izinkan untuk mengirim posting yang tujuannya untuk memberi informasi bahwa anda telah mengirim email atau PM.
5. Duplicate/double posting tidak di bolehkan. ADers hanya di izinkan untuk mengirim sebuah posting ke dalam satu forum kategori.
6. ADers tidak di izinkan untuk mengirim posting atas nama username yang telah di suspend atau ban.
7. ADers tidak di izinkan untuk mengirim link ataupun post2 dalam bentuk apapun tentang atau ke situs2 porno, judi, hack, any-ware, dan sesuatu yang illegal.
8. Kami ingin diskusi yang segar bagi setiap orang. Diskusi bukan berdebat. Diskusi sihat dengan sesama warga Kristen. Bukan dengan saling caci maki dan menghina satu sama lainnya. Warga yang melanggar akan diberi peringatan atau di ban (tidak dapat masuk ke AD).
9. Mencuba untuk masuk ke AD dengan menggunakan username ADers lainnya akan menyebabkan user name anda untuk di ban.
10. ADers di larang melakukan spamming ke PM atau email dari ADers lainnya.
11. Tidak boleh memberikan alamat email secara terbuka di forum (lewat post atau signature. Ini untuk menghindari spamming atau hal-hal yang tidak diinginkan bersama.
12. AD di tujukan bagi mereka yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Bagi kalian yang belum percaya dan ingin berdiskusi tentang perbedaan, hanya dapat di lakukan melalui PM.
13. Bagi non-kristen yang ingin mengenal Kristus, tentu saja boleh posting disini. namun diharap menulis dalam minat sebagai orang yang ingin mengenal Yesus, dan bukan untuk membandingkan, membantah atau hal-hal lainnya. disini para Mods/Admin akan berusaha menolong dan membantu , namun jika dapat menunda ataupun menghentikan diskusi dengan keputusan internal.
14. Tidak diizinkan menghina/ menyalahkan/ merendahkan kepercayaan lain atau dominasi atau doktrin lain dengan alasan atau tujuan apapun.
15.Admins dan Moderators dapat melakukan edit, delete terhadap postingan2 dari ADers yang di anggap tidak sesuai dengan peraturan AD tanpa di perlukannya izin dari mereka yang mengirim post tersebut. Para Admin dan Moderator tidaklah mungkin dapat membaca semua post yang ada di AD, tetapi kami akan mencuba dengan sebaik mungkin untuk membuat AD menjadi tempat portal yang bagus di kunjungi bagi seluruh warga Kristian.
PERATURAN UNTUK GATHERING
Berikut adalah rules gathering yang menggunakan nama AnakDomba.Com untuk gathering.
1) Tidak dilakukan di tempat yang sunyi/gelap/pub/disco atau tempat2 yang boleh menjatuhkan nama AD.
2) Setiap gathering yang dilakukan, DIWAJIBKAN jika ada artikel atau photo hendaklah disubmitkan kepada admin/mods atau anda boleh menggunakan forum atau AD gallery.
3) Segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh members2.
4) Bagi yang berumur 18 tahun, mestilah mendapat kebenaran dari IbuBapa.
5) Sebaiknya jika ada Pastor,Father,admin atau mods yang berdekatan, bolehlah mempelawa mereka untuk join dan ini bertujuan untuk memantau aktiviti gathering tersebut.
6) Sebaiknya juga gathering dilakukan jika ada aktiviti KKR atau aktiviti rohani yang lain.
7) Segala isu2/amalan yang tidak sihat tidak dibenarkan dibawa semasa aktiviti tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan salah tanggapan bagi member2 yang baru.
8) Segala jenis hubungan direct contact tidak dibenarkan,sperti bercium/meraba, walaupun members tersbut pasangan kekasih.
9) Jika terdapat khabar berita mengenai segala aktiviti yang tidak sihat, admin/mods akan menyiasat perkara tersbut dan members2 yang terlibat boleh diban dari terlibat dengan AD.
10) Bersama2 dalam mewujudkan aktiviti sihat yang menuju ke arah kebenaran.
Some of rules has been taken from others Christian Site.
KANGAR: Kewujudan media internet termasuk blog yang semakin berleluasa dan ditulis secara liar boleh menjejaskan kestabilan dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Sehubungan itu, Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin, berkata kawalan perlu dikenakan terhadap penyiaran laporan dalam media internet itu termasuk di penulis blog supaya mereka lebih bertanggungjawab walaupun diberi kebebasan. "Kita bukan mahu menyekat kebebasan mereka menulis dan menyatakan pandangan. Tetapi apa yang berlaku adalah kadang-kala laporan yang ditulis berasaskan khabar angin dan membuat tuduhan liar," katanya selepas menghadiri majlis Seiring Melangkah Bersama sempena sambutan 60 tahun agensi agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia di Dewan Warisan, malam kelmarin.
Zainudin berkata, sesetengah media internet dan blog menyiarkan laporan sensitifisu agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini terutamanya yang membabitkan [AD AUTO-CENSORED] dan juga hak istimewa orang Melayu. Katanya, kerajaan tidak mahu meniru tindakan Singapura mengenakan hukuman penjara terhadap dua remaja yang menulis mengenai isu perkauman dalam blog mereka.
Zainudin berkata, beliau menyokong pandangan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berhubung kawalan yang perlu dikenakan terhadap media internet kerana ia dapat menjamin keselamatan negara. Katanya, kerajaan juga tidak menghalang penulis blog atau media internet daripada menyatakan pandangan mereka sekiranya ditulis dengan baik dan beretika. [Berita Harian 1 Ogos 2006]
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu sensitif berkaitan agamakerana ia mengancam keharmonian rakyat.
“Kerajaan harus mengambil tindakan tegas. Saya tidak hendak menyebut perkara ini sebelum ini. Saya mengeluarkan kenyataan supaya kita sama-sama memahami kalau kita mainkan isu sensitif agama, ia akan membawa kepada sesuatu yang tidak diingini,”katanya.
Perdana Menteri menjelaskan, keputusan Kabinet kelmarin, yang melarang media massa menyiarkan laporan mengenai isu berkenaan bertujuan memelihara keamanan dan memastikan ekonomi negara terus berkembang berasaskan kestabilan politik.
Ditanya apakah tindakan tegas itu bermaksud kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdullah berkata: “Apa jenis tindakannya, Wallahualam. Saya yakin rakyat memahaminya.”
Mengenai cadangan Kumpulan Artikel 11 yang dianggotai 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Majlis Peguam Malaysia sebelum ini menganjurkan beberapa forum berkenaan bagi mendapatkan sokongan meminda Artikel 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak kebebasan beragama.
Tindakan kumpulan itu dibantah Pertubuhan Pembela [AD AUTO-CENSORED] yang disertai pelbagai NGO seperti Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia [AD AUTO-CENSORED] Malaysia (Abim), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Peguam Pembela [AD AUTO-CENSORED] yang turut menganjurkan forum khusus termasuk di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Ahad lalu.
Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Selasa lalu, Abdullah mahu Kumpulan Artikel 11 menghentikan serta-merta penganjuran Forum Kebebasan Beragama kerana ia sensitif terhadap perpaduan masyarakat pelbagai agama dan kaum.
Abdullah dilaporkan berkata, forum itu tidak perlu diteruskan kerana implikasi negatifnya terhadap masyarakat yang menganut pelbagai agama dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. [Berita Harian 28/7/2006]
PUTRAJAYA: Semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi, manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang.
Mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi semua blog dalam internet serta mengambil tindakan sewajarnya.
Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata walaupun kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), pemilik blog atau penulisnya yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan.
"Mana-mana penulis blog sama ada bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke mahkamah jika melanggar undang-undang. Kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang jenayah, Akta Hasutan atau apa saja,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini.
Kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak boleh membiarkan internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul kerana ia akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap ekonomi dan pembangunan negara.
Berikutan itu, Perdana Menteri mahu pihak yang menyebarkan fitnah serta membuat hasutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau internet ditahan serta disoal siasat.
Abdullah menegaskan tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa saja yang disukai.
Isnin lalu, Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kewujudan media internet termasuk blog yang semakin berleluasa dan ditulis secara liar.
Mengulas lanjut, Dr Lim mengakui memang sukar untuk mengambil tindakan terhadap penulis blog dari luar negara, tetapi tindakan boleh dikenakan ke atas penulis blog tempatan.
Lim berkata, pada mesyuarat Kabinet semalam Perdana Menteri juga bersetuju supaya tiada penapisan terhadap kandungan internet, tetapi percaya ada jalan lain untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
“Anda perlu pertahan undang-undang. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa. Kita akan mengawasi semua blog dengan rapi," katanya.
Beliau berkata, pihak yang menyebarkan khabar angin atau berbentuk hasutan melalui SMS pula akan dikenakan tindakan sebaik usaha mendaftarkan semua kad prabayar siap akhir tahun ini. [Berita Harian 3 Ogos 2006].
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memansuhkan atau meminda Perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia sudah menjelaskan pembahagian bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata pada masa sama, sebarang masalah yang timbul mengenai tafsiran perkara 121 (1A) boleh dibawa ke mahkamah melalui proses yang sedia ada dan ia akan diputuskan oleh mahkamah berdasarkan konsep Rule Of Law yang memang sedia terpakai dalam sistem Undang-Undang Malaysia.
Kedudukan agama [AD AUTO-CENSORED] sebagai agama rasmi negara dijamin Perlembagaan ini dan tiada siapa pun boleh mempertikaikan kedudukan ([AD AUTO-CENSORED] agama rasmi) ini. Dalam pada itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh mengugat kebebasan untuk beragama seperti dijamin Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan sebarang badan lain membincangkan mengenai hal-hal agama seperti Majlis Antara Agama atau Forum Artikel 11 katanya.
Nazri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga sering mengadakan dialog dengan pihak berlainan agama dari semasa ke semasa secara tertutup atau terbuka.
Menjelaskan lagi, Nazri berkata, walaupun kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk membincangkan isu-isu semasa termasuk memberi kritikan membina, kerajaan tidak dapat memanjangkan kebebasan yang sama kepada isu berpotensi menimbulkan kegusaran di kalangan penganut agama berbeza.
"Tidak dapat dinafikan perbincangan seperti Perkara 11 menimbulkan kontroversi yang sekiranya dibiarkan berpanjangan akan menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan, akan melebarkan jurang antara rakyat berlainan agama dan menghancurkan keharmonian yang sudah lama kita pupuk," katanya.
Beliau berkata, kerajaan mengarahkan semua pihak untuk menghentikan sebarang bentuk perbincangan, forum atau persidangan agama dengan serta-merta sebelum keadaan yang membimbangkan tidak terkawal.
"Kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang tidak menghormati amaran kerajaan ini dan tindakan akan turut dikenakan ke atas pihak yang menyebarkan sebarang berita palsu sehingga boleh menggugat keharmonian di antara rakyat Malaysia," katanya.
*Jadi nenek berharap isu-isu sensitiviti agama & perkauman tidak dibincangkan secara terbuka di forum ini, begitu juga dengan isu berkaitan Perkara 11. Harap maklum.
Shallom para ADERS terkekasih dalam TUHAN... Nenek update peraturan baru yg melibatkan MEDIA... Sila baca dan ambil perhatian terhadap isu yg dihighlightkan yek... Selamat melayari AD. Doa kami agar saudara-saudari anak cucu sekalian mendapat berkat nan sesuai dengan keperluan masing-masing....
PM perjelas larangan bincang isu sensitif
Oleh Rohaniza Idris
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan melarang rakyat dan media massa membangkitkan isu sensitif dibuat untuk memelihara perpaduan serta keharmonian di kalangan rakyat negara ini.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu dibuat kerana ada pihak tertentu membangkitkan isu sensitif terutama berkaitan agama hingga menimbulkan kontroversi dan keresahan di kalangan rakyat berbeza agama.
“Larangan membangkitkan isu sensitif tidak boleh diertikan sebagai larangan berdialog antara agama, yang memang digalakkan pada pelbagai peringkat,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, semalam.
Lim dalam soalannya meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa kerajaan menggalak kebebasan beragama dan dialog antara agama pada arena antarabangsa tetapi tidak di dalam negara, sehingga meminta media menjauhkan isu keagamaan.
Abdullah berkata, beliau sering menegaskan kepentingan bermuafakat dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dan beliau sendiri sering mengadakan dialog dengan pelbagai kumpulan agama dari semasa ke semasa.
Perdana Menteri berkata, langkah melarang isu sensitif dibangkitkan turut membabitkan media massa bagi memastikan tidak wujud perkara yang boleh menyusahkan rakyat, malah ia tidak memberi keuntungan kepada rakyat.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan rakyat Malaysia kini lebih cenderung kepada usaha mengadakan dialog antara agama dari semasa ke semasa pada pelbagai peringkat menggunakan pelbagai saluran.
Sehubungan itu, katanya, beliau menggalakkan dialog seumpama itu diteruskan dan kerajaan akan meminta ilmuwan [AD AUTO-CENSORED] daripada Jabatan Kemajuan [AD AUTO-CENSORED] Malaysia (Jakim) dan Institut Kefahaman [AD AUTO-CENSORED] Malaysia (IKIM) terbabit dalam dialog itu.
“Malah, Jawatankuasa Agama di bawah Jawatankuasa Kerja Panel Penasihat Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan mengadakan dialog antara agama bagi menggalakkan hubungan harmoni antara penganut pelbagai agama di negara ini menerusi penekanan kepada isu sosial seperti pencegahan jenayah, penyalahgunaan dadah yang memerlukan kerjasama rakyat pelbagai agama,” katanya.
Abdullah berkata, semangat muafakat dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini sering ditekankan. [BERITA HARIAN: 14/9/2006]
KUALA LUMPUR 17 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan perbuatan kumpulan tertentu yang bertopeng ajaran agama dengan menyebarkan dakyah mencerca agama lain hingga boleh menimbulkan suasana tegang dan mengugat keharmonian negara.
Katanya, setakat ini sebanyak 131 laporan polis telah dibuat oleh pengikut kumpulan tersebut yang tidak berpuas hati kerana kegiatan itu mencerca agama lain selain mengugut pengikut-pengikut mereka.
“Kumpulan ini bertopengkan ajaran agama Hindu dan Kristian serta didapati telah ramai pengikut mereka yang merasai tertipu di atas kegiatan kumpulan-kumpulan ini,” kata Musa dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, Polis Kontinjen Selangor sedang menjalankan siasatan berkaitan laporan yang dibuat oleh pengikut kumpulan-kumpulan berkenaan.
Sambil memberi amaran supaya pihak-pihak tidak bertanggungjawab jangan cuba memperalatkan sentimen agama Musa berkata, polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 298A dan seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Seksyen 298A antara lain menyebut mengenai perbuatan atas alasan agama yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci yang boleh memudaratkan keharmonian atau perpaduan.
Seksyen 506 pula adalah mengenai seksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah.
Musa berkata, pada 13 April lepas beliau dikunjungi oleh Persatuan Pemimpin Agama Hindu Malaysia, yang menjelaskan mengenai kegiatan bahaya kumpulan tertentu yang kononnya menjalankan kegiatan motivasi untuk mendapatkan pengikut atau penyertaan awam.
“Saya memandang serius perbuatan kumpulan ini yang mana, ianya boleh menggugat perpaduan kaum dan agama di negara ini. Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang memperalatkan agama untuk mencapai objektif.
“Saya berharap orang ramai tidak akan mengambil tindakan sendiri di luar batasan undang-undang negara,” katanya.
Musa juga berkata, siasatan polis akan diedarkan ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk A. Vaithilingam memberitahu,kumpulan itu yang beroperasi di Kota Damansara dekat sini bergiat aktif di sekitar Lembah Klang dengan mengadakan ceramah-ceramah kerohanian untuk mempengaruhi pengikut.
Katanya, beliau kesal kerana kandungan ceramah tersebut yang menghina ajaran agama Hindu.- Bernama
*pihak admin berharap agar para pelayar AD tidak menngaitkan mana-mana isu agama lain di AD. Sekian terima kasih untuk kerjasama saudara-saudari sekalian. Allah kita adalah penuh tatatertib maka sewajarnya kita sebagai umatNya juga bertertib dalam berbicara.
Shallome semua. Indahnya bunga kerana rupa, indahnya dunia kerana bangsa, Indahnya Syurga kerana Bapa, indahnya kita kerana Dia! Hehehe.. God bless:lol:
shalom~~ sepa bole tolong saya?? saya sangat perlu kan pertolongan d saat ini~~( sesiapa yang ingin bantu saya sila snd jak msg oker) GBU ALL AMIN~~~:pray:
hello evryone!! di sini saya ingin nyatakan bahawa perkhemahan tunas remaja akan diadakan pada minggu depan... dan peringkat seluruh sabah... di kg badukan ranau sabah. oleh itu sy memohon pada saudara dan saudari supaya mendoakan program2 yg akan dilaksanakan supaya jadi . amen...
saya ada housemate beragama 'm'n mka pnh btnya n bcrta ttg agama dgn sy n teman seiman sy...tapi, sy akui yg sy ni seorang yg lemah n bl bckp psl agama nih sy akn mjd beremosi n oleh yg demikian sy akn jauhkn diri dr mka stp kli bcrta ttg agama...adakh tndakn sy ini betul? .....:no: