Apakah kita sudah memasuki kerajaan seribu tahun dan bagaimana kita tahu yang kita layak memasuki kerajaan seribu tahun. Bagaimana pula dengan masa pengangangkatan. Bagaimana kita yakin yang kita akan sama-sama terangkat ke syurga.Bagaimanakah cara memantapkan iman kita disaat kita berada di dalam kesibukan.
1) Setahu saya, kita belum masuk kerajaan seribu tahun. 2) Saya yakin apabila balik ke rumah bapa saya di Miri, dia dgn gembiranya akan membenarkan saya masuk dan tinggal di rumahnya. Begitu juga keyakinan kita dgn Bapa kita di surga, kita dtg kepadaNya dgn keyakinan Dia menyediakan tempat bg kita. Bukan kerana iman kita hebat, tetapi kerana kita adalah anak-anakNya.
Sejujurnya, saya secara peribadi tidak mengetahui banyak ttg akhir zaman. Banayk buku2 ditulis ttg akhir zaman, namun saya masih belum berminat untuk mengethui atau mendalaminya. Bahkan saya pernah beli satu buku yg agak simple ttg urutan dari zaman adam sampai akhir zaman, cuma sempat 1/2 jalan membaca lalu saya tinggalkan. Saya mencuba dorong diri saya sendiri utk mendalami, namun tidak kesampaian.
Namun satu perkara yg saya pasti bhw Roh Kudus sering membimbing saya untuk mengetahui perkara2 yg sedia ada. Bukan hanya anda, tapi ramai org yg saya kenali bertanya ttg hal2 akhir zaman termasuk kerajaan 1000 tahun. Jawapan saya ringkas dan jujur, saya kurang tahu.
Apa yg saya cuba sampaikan ialah, saya menyarankan kepada aders untuk lebih focus kpd hal2 sekarang dan kehidupan harian kita daripada memikirkan perkara2 yg masih jauh. Jawapan utk hari esok adalah hari ini. Apa yg anda tabur hari ini, itu akan anda tuai esok harinya. Mungkin ada diantara kita disini yg megetahui, boleh lah tolong sharing.
Bukan beerti ianya tidak penting, tetapi bagi saya yg jauh lebih penting ialah persiapan kita ttg hari ini daripada mengetahui hal2 ttg akhir zaman.
Bagaimana kita yakin bahawa kita akan terangkat bersama2 pada masa pengangkatan? Jawapan itu ada pada diri kita sendiri. Simple answer - selidiki hati kita masing2. Tuhan menuntut hanya satu perkara - BELIEVE in HIM dan anda akan selamat.
PERCAYA - beriman - Pada YESUS - 1. Percaya & Setia 2. Memelihara - pertama2 diri anda sendiri (kekudusan), kedua perhubungan anda dgn TUHAN & firman TUHAN yg diberikan pada anda. Inilah yg dikatakan PERCAYA pada DIA. Dan ini bukan sekedar kata2 tetapi lahir dari hati yg "MENGASIHI" DIA.
Tidak ada org yg bisa memantapkan imannya sendiri, itu semua pekerjaan dan Anugerah TUHAN buat kita semua secara cuma2. Bahagian kita cuma perkara2 yg saya sebut diatas iaitu 1 & 2.
Contohnya, bila kita menghadapi kesibukan, namun anda tetap setia dalam memelihara hal2 diatas. Tanpa anda sedari iman anda sedang digilap oleh ALLAH sehingga memancarkan kemuliaan TUHAN itu sendiri, karaktor ALLAh, peribadi ALLAh semakin nampak. Buah2 kehidupan semakin lebat dalam hidupmu.
Noh, waktu diperintah oleh ALLAH untuk membina bahtera, pasti dia sibuk, namun FA mengatakan dia begitu saleh dalam memelihara perhubungannya dgn TUHAN.
Ayub, org terkaya pada zamannya, tetap setia dalam memelihara perhubungannya dgn TUHAN. Dia diuji, namun dia tetap memelihara FIrman Tuhan dlam hidupnya.
saya takut "Ketinggalan" bah hehe... Nanti semua orang terangkat, saya pula tertinggal. Eee takut owh kalau kerajaan antichrist mengambil alih. Betulkah pada masa antichrist memerintah, firman dan kematian sudah diangkat dan untuk membuktikan kita percaya kepada TUHAN haruslah dibayar dengan darah? Benarkah, Pada waktu itu, kematian juga adalah sesuatu yang sukar? TERIMA KASIH KEPADA YANG PERIHATIN...
JESUS IS MY IDOL
shallom estervigil.... saya bukan lah seorang yg snggat kuat iman... tapi... dalam hati saya... saya meletakkan sepenu kepercayaan kepada Yesus Juruselamat kita... segalanya dalam tangannya... sekiranya kita layak di mataNya... kita tidak akan ketinggln....
estervigil... saya kagum dengan saudari... kerana saudari juga memikirkan dan merasakan seperti nathaniel fikirkan....
bagi pandangan saya.... kadang2 fikiran kita juga boleh membawa kita sesat.... :)
MACAM MANA PULA PANDANGAN SEMUA SAUDARA SEIMAN YANG LAIN??????? boleh setuju kah dgan pandangan saya??? hehehehe thanks... :)
Thanks God
semua kesaksian tentang surga yang pernah saya lihat dan baca mngatakan kita sedang hidup di akhir zaman..sya pun xrasa skrg ni akhir zaman (mgkn kerana DUNIA ini mnyebabkan kesibukan kita)tp sya tetap percaya bahawa kita sedang menjalani kehidupan akhir zaman..orang2 yg pernah face to face dgn Raja segala raja Lord Jesus mengatakan Dia menekankan apabila berkata tentang kedatangan-Nya (Pengangkatan/Rapture)...pada hari Pengangkatan itu terjadi,ramai Kristian yang akan ditinggalkan dan bertanya & hairan mengapa dia xdiangkat sedangkan dia melayani Yesus..tahu kenapa?? sebab dalam hatinya,dia selalu mengatakan "lama lg bah Pengangkatan tu..lama g ba peristiwa dalam 1 Tesalonika 4:16-17 tu terjadi..ahh,jgn dengar apa yg org ckap dan beri amaran ttg Pengangkatan,diorang tu manusia biasa,kalau TUHAN yang berkata2 mcm tu barulah kita boleh percaya.." saya rasa kristian yg xpernah menanti-nantikan kedatangan TUHAN akan sangat kecewa dan shock sekali apabila hal itu terjadi dan mereka ditinggalkan..melalui kesaksian Pta.Brani Duyon, Choo Nam Thomas dll saya dapat rasa,waktu2 ini TUHAN mahu kita memikirkan tentang hal itu (Pengangkatan) supaya umat-Nya sntiasa bersedia utk diangkat setiap saat..dan bukan kesaksian ini yang mnyebabkn saya semakin cinta Yesus tp Roh Kudus yg bekerja dalam hati saya yg menjadikan Yesus yg pertama2 dalam hati saya setiap saat dan kalaulah Pengangkatan itu xterjadi dalam saat ini or esok lusa,siapa yg rugi mencintai dan mengutamakan Yesus menanti-nantikan-Nya setiap saat dalam hidup kn???betul x??hehe pndapat saya,Kesengsaraan Besar dan kerajaan 1000 tahun berlaku selepas Pengangkatan.. dan saya berpendapat bahawa perkara Akhir Zaman,Pengangkatan,Kesengsaraan Besar ini haruslah dijadikan bahan khutbah oleh para pengajar jemaat@gereja..ianyna haruslah ditekankan kpd jemaat betapa pentingnya untuk mengerti perkara ini..GOD bless ..
My Utmost For His Highest!
Shalom, Saudara dan saudari yg saya kasihi, Sebab kenapa saya tidak mahu focus bahagn ini bukan kerana ingin mengabaikan ttg FA ini, tetapi pengertian akan hal akhir zaman ini sgt menakutkan dan boleh saya katakan ada ratusan hamba2 Tuhan telah membuat bermacam2 andaian ttg akhir zaman, dan kebanyakkannya meleset sampai hari ini.
Kedua, saya mengenali beberapa anak-anak muda, bila membaca buku2 yg berkaitan dgn perihal tentang syurga dan nereka, buku2 akhir zaman, mereka berkobar2, tapi tidak bertahan lama. Paling lama satu, dua tiga bulan. Kemudian hilang. Saya tidak melemahkan semangat anda, tapi inilah yg saya lihat.
Bagus untuk anda mengetahui akan hal akhir zaman, tapi jgn memaksa diri anda untuk cuba memahaminya. Sebaiknya anda lebih mempersiapkan diri anda untuk menghadapinya. Jalani kehidupan dgn normal.
Mmg jelas bhw kita sekarang mmg sudah berada diambang kedatangan TUHAN YESUS dan memasuki zaman anti Kristus. Kerana Yesus memberi perumpamaan ttg pohon ara. Jika kita melihat pohon ara sudah bertunas, kita sudah sedia maklum bahawa musimnya sudah tiba dan demikianlah ttg akhir zaman. Tanda2 sudah jelas, bangsa melawan bangsa, kemusnahan alam tanpa dapat diduga dan dibendung yg meragut jutaan nyawa, penyakit demi penyakit yg tidak terubat semakin menjadi. Guru2, nabi2, ajaran palsu kini semakin banyak. Inilah tunas2 akhir zaman.
Dan inilah keempat meterai yg pertama dikatakan dalam wahyu 6.
Sekarang pemerintahan baru USA kelihatan tidak meletakkan keimanan kerkistinan sebasgai yg terutama yg perlu dipelihara sekarang. Perdana menteri israel diperlukan seperti anak kecil oleh Barak Obama di white house apabila dia mendeak perdana men teri israel utk menghentikan pembinaan penempatan baru bagi org2 yahudi. Masjid diizinkan didirikan dikawasan yg meragut ribuan manusia kerna peristiwa 11 september (terorism) yg kita semua sedari.
Barak Obama juga menyarankan agar israel mengembalikan yerusalem kpd palestine. Dlm diam2 obama telah pun memberikan dana USD400 juta kepada hamas yg merupakan anti israel. Apakan ini tanda2 anti kristus?
Iran kini semakin menampakkan kemunculan kuasa2 yg dinayakan dlm wahyu.
Israel telah pun mempersiapkan perlatan utk membangunkan kembali bait suci yg telah diruntuhkan. Jika benar mereka mendirikan bait suci itu lagi, pasti peperangan yg besar terjadi di timur tengah.
Saudara, kita benar2 berada diambang kedatanagn YESUS.
Shallom.. Eya memang benarlah semua yg sedang terjadi di dunia ini menandakan kita berada di ambang kedatangan Yesus seperti yang Sdr Telawak katakan.isu2 semasa spt nuklear,Iran,Amerika,Israel,bencana alam yg tiada ptus2nya berlaku bergilir2 d seluruh dunia dan kesaksian2 hamba TUHAN juga adalah merupakan tanda2 yg amat ketara dan amat sesuailah dgn perumpamaan pohon ara dan perumpamaan dalam Alkitab yg lainnya..dan bagi saya kesaksian yang diberikan oleh hamba2 TUHAN spt Pta.Brani Duyon,Choo Nam Thomas bukanlah satu andaian atau setakat nubuatan semata2 tetapi adalah benar kerana mereka bertemu muka dengan Yesus.memang ada juga "hamba" TUHAN yang gagal dalam hal itu tp kita dapat membezakan apakah ia benar atau slah ataupun dapat diterima atau tidak..melalui kesaksian Pta.Brani Duyon,Choo Nam Thomas yg bleh dipercayai itulah Roh Kudus menyentuh hati saya untuk datang sepenuhnya kepada Dia pd tahun 2008 sehingga kini dan selamanya ^_^..lawatan Pta.Brani Duyon ke surga itu terjadi pada tahun 2006 manakala Choo Nam Thomas pula memulai lawatannya ke surga sekitar tahun 1996 dan bukunya diterbitkan pada tahun 2003 dan kini sudah tahun 2010,sudah beberapa tahun ianya terjadi dan bagi manusiawi itu adalah satu jangka masa yang lama dan boleh dikatakan GAGAL dipenuhi tp bagi TUHAN siapa yg tahu??bukankah masa TUHAN x sama dgn manusia??jadi,saya katakan yang kesaksian ttg surga dan neraka juga memainkan peranan ptg utk menarik balik kristian yg suam2 kuku mahupun yg xpnah knal TUHAN Yesus.ia bukanlah suatu prkara yg menakutkan apabila ianya tidak digenapi,sbab TUHAN ada cara sendiri mengapa x mengenapinya mgkn kerana masih mau beri manusia masa utk bertaubat..sampai skrng saya berkongsi ttg ini kpd rakan2 dan kluarga sndiri dan syukur krn memang ada yang datang semula kpd TUHAN dan mulai lebih mengasihi TUHAN apabila mndengar ksaksian ini..dan xdinafikan ada juga yg stakat berbulan saja berkobar2 pas tu hilang dan itu adalah pilihan mereka sndiri kn.saya hanya berkongsi hal ini kpd mereka dgn memberikan mereka video atau buku dan berdoa slalu bg mereka,dan semuanya itu sya serahkn penuh kpd Roh Kudus utk bekerja mlalui hati mereka..yg ptng sya sudah melakukan bhgn sya n yg selebihnya TUHAN yg mahakuasa akan mengurusnya..sbab itulah sya mengatakan perkara spt itu harus ditekankan kpd SELURUH jemaat,bukan kpd anak2 muda sahaja..golongan veteran yg sudah lama melayani TUHAN juga haruslah diberikan & diperdengarkan kesaksian2 spt itu yg mana akan menaikkan kecintaan mereka kpd Yesus sbab ada ramai kristian yg melayani Yesus tp x dengan sepenuh hati,x dengan kecintaan yg penuh kpd Yesus walaupun tiap2 hari ke gereja..sya cuma mau katakan,kesaksian2 surga & neraka janganlah dipandang remeh..GOD BLESS US..
My Utmost For His Highest!
Bagi saya tiada seorang pun yang dapat meramalkan dengan tepat bila kerajaan seribu tahun itu akan bermula, tapi yang nyata, firman Tuhan menjelaskan bahawa hal ini akan berlaku secara tiba2 dan tidak terjangkakan seperti pencuri ..bagaimana untuk yakin supaya terangkat bersama terpulang kepada sejauh mana iman percaya kita..letakkan Tuhan sebagai yang pertama dalam setiap apa yang kita lakukan..
Shallome semua. Indahnya bunga kerana rupa, indahnya dunia kerana bangsa, Indahnya Syurga kerana Bapa, indahnya kita kerana Dia! Hehehe.. God bless:lol:
shalom~~ sepa bole tolong saya?? saya sangat perlu kan pertolongan d saat ini~~( sesiapa yang ingin bantu saya sila snd jak msg oker) GBU ALL AMIN~~~:pray:
hello evryone!! di sini saya ingin nyatakan bahawa perkhemahan tunas remaja akan diadakan pada minggu depan... dan peringkat seluruh sabah... di kg badukan ranau sabah. oleh itu sy memohon pada saudara dan saudari supaya mendoakan program2 yg akan dilaksanakan supaya jadi . amen...
saya ada housemate beragama 'm'n mka pnh btnya n bcrta ttg agama dgn sy n teman seiman sy...tapi, sy akui yg sy ni seorang yg lemah n bl bckp psl agama nih sy akn mjd beremosi n oleh yg demikian sy akn jauhkn diri dr mka stp kli bcrta ttg agama...adakh tndakn sy ini betul? .....:no: