Hi kawan-kawan, Apa pendapat anda bila mendapati diri anda lebih suka menyendiri? Saya ni sebenarnya lebih suka hidup bersendirian. Kadang-kadang bestfriend saya pula yang susah hati melihat keadaan diri saya yang suka menyendiri. Saya sudah cuba mengubah sikap untuk tidak terlalu menyendiri dan meluaskan pergaulan dengan teman-teman saya, tapi diorang masih lagi memberi nasihat yang sama. Adakah idea daripada kawan2? Ujilah aku TUHAN, cobalah aku...
Hi. Kalau mmg kamu suka bersendiri kerana kamu lebih suka begitu, saya rasa bukan satu masalah. Mungkin kamu ada jiwa penulis atau artis, yg mmg perlu masa bersendirian utk mendapat ilham dan berfikir. Tetapi, kalau kamu suka bergaul, tetapi tidak tahu bagaimana, itu kes lain pula.
Shalom. Saya pernah berjumpa dgn beberapa org yg suka hidup bersendirian. Tidak suka bergaul atau ada yg bergaul, tetapi pada tahap yg sgt minimal.
Kali pertama, seorg pria sewaktu belajar di IPTA. Dia sgt jarang bergaul. Kalau cuti dia lebih suka tidur saja. Dia muda dari saya 2 tahun. Saya melihat dia ini ada talenta tersendiri dan kelebhan sendiri. Akhirnya saya membawa dia bersama dgn saya dlm pelayanan. Sekrng, dia luar biasa, paling banyak bergaul. Bahkan dia menjadi salah seorg pemimpin di dalam gereja kami.
Kemudia seorg wanita. Saya ketemu dia ini melalui org lain dalam pelyanan. Kira jiwa baru lah. Sgt pendiam. Susah kamu nak dengar dia bercakap atau menjawab soalan kamu. Suka menyendiri. Mungkin keranan latar belakangnya yg serba kekurangan. Tapi syukur, disepanjang keterlibatannya dalam aktiviti kumpulan sel kami, dia sudah sgt berbubah.
Seorg lagi anak muda. Saya sudah kenal dia ini agak lama. Tapi jarang mempunyai kesempatan utk hidup bersama dgn dia. Satu ketika saya ada kesempatan utk bersama dgn dia. Diak berakti di gereja yg sama bahkan menyewa rumah yg sama dgn saya dan rakan2.
Melalui aktiviti kumpulan sel, dan pimpinan yg khusus, dia mulai berubah. Saya cuba menerapkan karaktor dan membuka mindanya utk melihat kepentingan utk hidup bermasyarakat / berkumpulan. Sekarang dia menjadi salah seorg pemimpin kumpulan sel.
Ini adalah sebahagian dari perkara yg pernah saya lihat yg mana berkaitan dgn karaktor suka menyendiri. Secara umumnya tidak salah cuma kurang sesuai. Sebagai manusia, kita perlukan satu dgn yg lain. Pergaulan adalah jambatan utk hal itu. Kita boleh menolong org dan org juga boleh menolong kita dalam banyak perkara. Apa lagi dalam hal kehidupan seorang kristian.
Apa yg anda perlu lakukan, pertama anda sudah sedar akan kekuarangan itu. Ini bagus sekali. Kedua anda perlu membawa hal ini kepada TUHAN jika anda menginginkan perubahan. (Kecuali kalau anda tidak mau berubah). Kerana bagi Roh ALLAh tidak ada yg mustahil. Ketiga, dgn kekuatan dari Roh ALLAH, anda perlu melibatkan diri dalam hal2 atau aktiviti bersama seperti acara2 gereja, acara kampung, dan banyak lagi.
Kekadang kita tidak melihat kepentingan ini saat ini. tapi satu waktu nanti, anda pasti memerlukan org lain. Itu tidak mudah tanpa hidup yg bergaul.
Contohnya, saya menasihatkan beberapa anggota gereja supaya jgn pulang awal dari gereja bila habis kebaktian. Tolong kerja2 yg simple di gereja. Atau jika ada kebaktian khas, biasa org akan pulang awal. Tidak salah kalau kita melibatkan diri dalam membantu kerana ini bisa membentuk perinadi kita, boleh mengenali org2 yg akan terlibat bersama dan ini tanpa kita sedari akan bisa membentuk dan merubah karaktor kita.
Ini umpama menabur. Bila kita perlukan, kita akan menuai apa yg kita tabur. Org juga akan senang menolong kita. Ini semua hadir dari kehidupan yg bermasyarakat dan bukan bersendirian.
Bukan mudah, tapi dgn Roh Kudus tiada yg mustahil.
Dulu saya seorang yang sangat suka bergaul sangat suka berbual orang kata "happy go lucky" apa juga modal berbual saya turutkan asalkan happy. Dan sekrang saya juga masih bergaul tapi sedikit dan perbualan itu saya limitkan tidak mahu bual dalam perkara yang tidak baik. Saya akan diam bila ada rakan-rakan saya yang membuka cerita yang tidak menyenangkan dan lama kelamaan itu menjadi satu tabiat yang membuatkan saya lebih suka bersendirian. Adakah ini tidak baik untuk saya?
Shallome semua. Indahnya bunga kerana rupa, indahnya dunia kerana bangsa, Indahnya Syurga kerana Bapa, indahnya kita kerana Dia! Hehehe.. God bless:lol:
shalom~~ sepa bole tolong saya?? saya sangat perlu kan pertolongan d saat ini~~( sesiapa yang ingin bantu saya sila snd jak msg oker) GBU ALL AMIN~~~:pray:
hello evryone!! di sini saya ingin nyatakan bahawa perkhemahan tunas remaja akan diadakan pada minggu depan... dan peringkat seluruh sabah... di kg badukan ranau sabah. oleh itu sy memohon pada saudara dan saudari supaya mendoakan program2 yg akan dilaksanakan supaya jadi . amen...
saya ada housemate beragama 'm'n mka pnh btnya n bcrta ttg agama dgn sy n teman seiman sy...tapi, sy akui yg sy ni seorang yg lemah n bl bckp psl agama nih sy akn mjd beremosi n oleh yg demikian sy akn jauhkn diri dr mka stp kli bcrta ttg agama...adakh tndakn sy ini betul? .....:no: