Yesus mengecam ahli-ahli Taurat dan orang orang Farisi.
Matius 23:23. Celakalah kamu hai ahli ahli Taurat dan orang orang Farisi,hai kamu orang orang munafik,sebab persepuluhan dari selasih,adas manis dan jintan kamu bayar,tetapi yang terpenting dalam hukum Taurat kamu abaikan,iaitu:keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan.
- Apakah ajaran Tuhan Yesus sebenarnya berdasarkan ayat tersebut diatas? Adakah Dia mengajar tentang betapa pentingnya Persepuluhan atau mengajar tentang betapa pentingnya Keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan? Selalunya Pastor atau Gembala merujuk ayat tersebut berkaitan dengan pentingnya memberi Persepuluhan, adalah salah dan menyeleweng dari ajaran asal sebenarnya.
Contah kisah benar: -Pastor Senawat Buaya adalah Ketua Daerah SIB Sibu pernah kotbah/mengajar Jemaat mengenai Persepuluhan,katanya bahawa Tuhan Yesus pun menekankan betapa pentingya/wajib memberi persembahan Persepuluhan dengan merujuk kepada Injil Matius 23:23 tersebut. Kotbah dan ajaran beliau mengenai Persepuluhan dengan merujuk kepada ayat tersebut bahawa Tuhan Yesus pun menekan betapa penting dan wajibnya Jemaat memberi Persembahan Persepuluhan membuat saya tak setujuh dan mempertikaikan ajaran dia diluar tajuk or out of contact yang menyesatkan Jemaat Tuhan kerana menyeleweng dari ajaran sebenarnya Tuhan Yesus berdasarkan ayat tersebut.
-Sebenarnya ayat tersebut Tuhan Yesus bukan mengajar mengenai Persepuluhan tetapi menekankan betapa pentingnya kita perlu melakukan keadilan,belaskasihan kepada sesama kita manusia dan kesetiaan kepada Tuhan dan FirmanNya.
Teguran ajaran Tuhan Yesus tersebut juga untuk kita sekarang. Contoh kisah benar: Matius 23:23 terjadi dalam Jemaat Kristian. -Saya selalu menegur dan memperbetulkan mereka Pastor 2x SIB di Sibu berkenaan dengan ajaran mereka yang salah dan selalu out of contact tetapi akhirnya saya yang dipersalahkan mengajar ajaran yang tidak Alkitabiah dan didisiplin tanpa dibela diri/tidak diketahui/tidak diberitahu ajaran apakah yang tidak Alkitabiah yang saya ajarkan sehingga mereka Majlis Daerah SIB Sibu ambil tindakan mendisiplinkan saya dan keluarga pada tahun 2005. Sekarang tahun 2009 masih tak boleh melibatkan diri dalam Pelayanan dan tak boleh melibatkan diri dengan sebarang aktiviti Gereja tetapi hanya dibenarkan menghadiri kebaktian Hari Minggu saja. Tanpa tiada tarikh tamat /tiada tarikh luput jangka masa disiplin yang dikira seperti seumur hidup. Penghukuman Disiplin mereka tersebut yang dikira pertuduhan Fitnah dan hukuman terhadap saya dan keluarga untuk memulau atau menyisihkan kami sekeluarga jelas membuktikan tiada Kasih,tiada pengampunan,tiada keadilan dan tiada belaskasihan Pastor 2x dan Pemimpin Gereja sekarang.
- Maka terbuktilah Firman Tuhan tersebut Matius 23:23 adalah betul dan kena pada mereka Pastor 2x dan Ahli Majlis SIB Daerah Sibu Seperti sebagaimana Tuhan Yesus mengecam ahli ahli Taurat(Pengajar Adat) dan Orang orang Farisi yang hanya pandai mengajar dan memberi Persepuluhan tetapi tidak melakukan sesuai dengan kebenaran Firman Tuhan:iaitu keadilan,belaskasihan dan kesetiaan. -Mereka Pastor 2x(Gembala) sebeginilah yang dikatakan ahli ahli Taurat (Pengajar Adat) dan orang orang Farisi( Postor dan Pemimpin Gereja zaman modern) yang dikecam Tuhan Yesus Celakalah kamu. Kerana yang berselisihan dan ada masalah ialah saya dengan Pastors Yusuf Anyie,Pastor Ucho Ding,Pastor Balang Rauf dan Pastor Senawat Buaya dan Pemimpin Gereja adalah berkaitan dengan kelantangan saya yang selalu menegur dan mempersalahkan/.mengkritik mereka jika ajaran mereka itu salah(out off contact ) dan ada perlakuan dosa berdasarkan pengertian dan karuniah yang Tuhan berikan kepada saya supaya mereka diperbetulkan dan bertaubat tetapi mereka Pastors 2x ini sangat marah,dengki dan membenci saya sekeluarga.
-Ketua Daerah SIB Sibu pada masa itu Encik Christ Tang ada jumpa kami sekeluarga dengan tujuan suruh kami keluar dari Gereja SIB jika tidak mereka akan ambil tindakan Disiplin terhadap saya katanya.Kerana kami tak mahu keluar dari Gereja SIB sebab kami tak tahu apakah salah dan dosa kami. Maka kami sekeluarga dikenakan Hukuman Disiplin yang sangat berat dan bertentangan dengan kebenaran Firman Tuhan.Iaitu kami sekeluarga tak boleh melayani di Gereja dan tak boleh melibatkan diri dalam semua aktiviti Gereja kecuali dibenarkan menghadiri kebaktian hari Minggu saja. Ikut kebaktian doa tak boleh takut masalah saya jadi perkara doa. Pastor Yusuf Anyie pun tidak membenarkan kebaktian rumah diadakan dirumah kami. Menyambut Ulang tahun anak kami pun Ketua Daerah SIB Encik Christ Tang memberitahu kami tak perlu panggil Pastors atau Pemimpin Gereja untuk mendoakan anak kami, kamu buatlah sendiri saja katanya. Saya dan keluarga pun tak tahu ajaran Christian apakah yang mereka pakai dan ajaran Alkitabiah yang mana mereka ajarkan sebegini.
-Alasan mereka saya mengajar ajaran yang tidak Alkitabiah tetapi tidak diberitahu ajaran tidak Alkitabiah( ajaran sesat) yang mana satu? Jika ada sepatutnya saya perlu diajar dan iperbetulkan kepada saya dan jemaat sesuai dengan ajaran Firman Tuhan supaya jangan ada orang yang tersesat. Jemaat, Pemimpin Gereja yang saya soal dan keluarga saya pun tak tahu ajaran tidak Alkitabiah( ajaran sesat) yang mana satu saya ada ajarkan pun tak diketahui dan tidak diberitahu(menjadi satu rahasia mereka). Yang menjadi tanda tanya, persoalan saya adalah kerana teguran dan kritikan saya kepada Pastors dan Pemimpin Gereja yang mengajar ajaran yang salah(out off contact) dan mereka yang tidak sependapat dengan pengertian saya mengenai sesuatu isu berbangkit dan ajaran Firman Tuhan yang mereka ajarkan. Mereka tak suka dengan saya apa bila saya menekankan pengertian saya berdasarkan Karunia Pengetahuan kebenaran Firman Tuhan dan pimpinan Roh Kudus. Yang akhirnya mereka mengambil kesimpulan dan menuduh/memfitnah saya mengajar ajaran yang tidak Alkitabiah tanpa bukti kerana malu dan keras hatinya mereka Pastor tak boleh ditegur dan tak boleh dikritik. Itu saja.
-Persoalan saya mengapa anak isteri saya pun turut dihukum menjadi mangsa tindakan disiplin mereka? Jika orang bukan Kristian(Dunia) menghukum pesalah saja mengapa Pemimpin Gereja dan Pastor menghukum anak isteri saya yang tak bersalah kerana yang berselisihan dan mempunyai masalah dengan mereka adalah saya seorang janganlah melibatkan keluarga saya. Walaupun tangisan doa kami dalam menghadapi masalah tersebut seperti menapa Tuhan hanya membenarkannya terjadi kerana mungkin Tuhan tahu Iman saya tetap kuat kepadaNya dan tidak akan menyangkal namaNya dalam Pencobaan sebegini. Seperti kata FirmanNya begitu nyata kepada saya secara peribadi didalam Wahyu 3:8-11 - Yang herannya juga hukuman disiplin tersebut tiada tarikh luput /tiada jangka masa tamat tempoh disiplin yang seakan seumur hidup atau buat selamanyalah hukuman disiplin tersebut. Orang dunia menghukum/dipenjarakan berdasarkan kesalahan dosanya akan dibebaskan mengikut satu tempoh masa yang ditetapkan tetapi ini disiplin Gereja lebih kejam lagi. Tak boleh dirujuk dan tak boleh dibangkitkan kata mereka. Lain yang diajar(kotbah) lain yang dibuat(Perbutan) Inilah yang dikatakan dunia dah terbalik.
- Kita mengajar mengenai Pengampunan dan Kasih tetapi yang terjadi berdasarkan tindakan hukuman surat disiplin mereka terhadap saya tersebut terjadi disebaliknya. Maka patutlah Tuhan Yesus mengecam ahli ahli Taurat( Pengajar Adat) dan Orang Farisi dengan kata Celakalah kamu Pengajar Adat....Persepuluhan kamu bayar tetapi Yang terpenting dalam hukum Taurat kamu abaikan iaitu Keadilan dan belaskasihan dan kesetiaan. Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan...
-Sekian harap maklum dan semoga Tuhan memberi kita Hikmat dan Pengertian dalam menjalani hidup ini. Saya berharap dan doakan supaya tiada seorang pun keluarga yang mengalami nasib seperti ini yang menjadi mangsa masalah Disiplin Pemimpin Gereja yang menghukum dan menghakimi dengan tiada keadilan dan belaskasihan kerana dikuasai dengki,benci dan amarah...Peringatan saya kepada Pemimpin dan Pastor 2x ialah ketahuilah sedangkan Murid 2x Tuhan Yesus ( Rasul 2x) pun tidak sependapat dalam sesuatu perkara (Isu) tetapi perlu ada tindakan yang berdasarkan Kasih,Keadilan,belaskasihan,pengampunan dan kesetiaan kepada Tuhan dan menjadi Pelaku Firman Tuhan. Amen!
[ Edited Sun Dec 20 2009, 09:11PM ] SpiRituAL WaRfaRe
Apabila membaca masalah saudara, saya berasa sedih dengan masalah yg saudara hadapi. Sepatutnya perkara sebegini dibincangkan dgn fikiran yg terbuka dan harmoni kerana perkara ini melibatkan firman Tuhan yg telah tertulis di dalam buku Bible.
Ayat tersebut adalah seperti berikut:
Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik, sebab persepuluhan dari selasih, adas manis dan jintan kamu bayar, tetapi yang terpenting dalam hukum taurat kamu abaikan, yaitu: keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan.
Matius 23:23
Jelasnya ayat di atas menekankan bahawa bhg terpenting sekali ialah keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan namun dijelaskan juga bahwa bahagian lain (persembahan kpd Allah) adalah perlu juga. walaupun begitu, Tuhan Yesus secara tegasnya menekankan bahwa keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan adalah lebih penting lagi dan perlu ada di dlm hati umatNya. Ada cara lain juga boleh kita lakukan untuk persembahan kpd Allah Bapa.
Ada juga tertulis:
Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka. Itulah isi seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.
Matius 7: 12
Apabila kita menilai maksud ayat di atas, pasti yg dimaksudkan ialah sifat atau sikap "keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan". Siapa2 pun mahu orang lain agar bersikap adil dan belas kasihan dan setia kepada dirinya dan juga ahli keluarganya.
ada juga tertulis:
Pada suatu kali berdirilah seorang ahli Taurat untuk mencobai Yesus, katanya: Guru, apa yang harus ku perbuat untuk memperoleh hidup yang kekal? Jawab Yesus kepadanya: apa yang tertulis dalam hukum taurat? Apa yang kau baca di sana? Kasihanilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu dan kasihanilah sesama manusia seperti dirimu sendiri. Kata Yesus kepadanya: Jawabmu itu benar; perbuatlah demikian, maka engkau akan hidup. Lukas 10:25-28
Ayat di atas jelasnya mengukuhkan lagi bahwa yg terpenting sekali utk memperoleh hidup yg kekal ialah melalui 3 sifat utama itu iaitu "keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan". Persembahan persepuluh sahaja langsung tidak ditekankan dan tidak terjamin.
Walau apa pun dari penjelasan di atas, segala sesuatu yg difirmankan oleh Tuhan adalah benar dan perlu dipatuhi. Dalam ayat Matius 23:23 ada menjelaskan bahwa "Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan" ... Jika pada zaman sebelum Tuhan Yesus datang, amalan seperti persembahan persepuluhan dari selasih, adas manis dan jintan perlu umat Israel lakukan, namun dalam zaman selepas Yesus diangkat ke syurga, ada cara lain yg lebih penting juga utk umatNya lakukan.
Ada tertulis:
kataNya kepada mereka semua: setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku. Lukas 9:23
Ada juga tertulis:
Tetapi Ia berkata: yang berbahagia ialah mereka yang mendengarkan firman Allah dan yang memeliharanya. Lukas 11:28
ada juga tertulis:
Tidak seorang pun yang menyalakan pelita lalu meletakkannya di kolong rumah atau di bawah gantang, melainkan di atas kaki dian, supaya semua orang yang masuk, dapat melihat cahayanya. Lukas 11:33
Ayat di atas dgn jelasnya mengajar kita umat kristian agar menyebarkan firman Allah kpd seluruh umat manusia tanpa memilih siapa dia, saudara kita atau bukan saudara kita kerana Berita Baik ini perlu diberitakan kpd semua orang ... ini adalah misi kita bersama kerana inilah perintah Allah kpd seluruh umat Allah seperti kita. Jelasnya persembahan terbaik utk Allah Bapa di sini ialah apabila kita menurut firman Allah dan memberitakan firman ini kpd seluruh manusia yg mampu kita capai.
Dan pesana Yesus utk kita juga ada:
Hendaklah pingganmu tetap berikat dan pelitamu tetap bernyala. Lukas 12:35
Ayat ini jelasnya Tuhan Yesus menyuruh kita agar berpegang kpd iman kita dan terus-menerus menyebarkan Berita Baik kpd umat manusia selagi kita mampu. Tindakan sebeginilah yg Tuhan ingin kita lakukan dan inilah persembahan terbaik kita kpd Tuhan selagi kita hidup di dlm dunia ini.
shalom saudara...sy harap saudara sihat sj....sy tidak baca keseluruhan posting saudara,sebab tiada guna sy baca kerana sy notice 1 perkara yg kurang baik n bertentang dgn dgn firman Tuhan(menurut sya la)....sila jawab dgn jujur...
adakah saudara seorang pastor/gembala?sebab sy notice saudara menegur seorang pastor/gembala yang menerima urapan seorang gembala....kita sebagai umat atau pemimpin tidak mempunyai urapan seorang gembala maka tidak wajar kita tegur seorang pastor/gembala..yg cuma kita boleh lakukan adalah membawa perkara ini kepada org di atas gembala itu n tindakan atau pembetulan terpulangan pada pentabiran pusat (sy tekankan bukan ahli majelis gereja tapi meja bulat pastor2/gembala)..so kita guna saluran yg betul....ada tertulis kasih itu tertib...so dgn cara yg betul kita memperbetul keadaan ini....
p/s kalo sy salah mengerti tolong perbetulkan...
semua kerna anugerahNya bagi ku
..hidup di gerakkan bukan kerna tujuan semata-mata,tetapi kerna anugerahNya...
Sebenarnya saya seorang bekas Elders Chairman Commettee members AOG Calvary Charistmatic Church sebelum saya pindah Gereja ke SIB selepas berkhawin kerana isteri saya seorang bekas Pekerja sepenuh masa Gereja SIB(Pastor/Penyelia Sekolah Minggu) dan saya juga seorang bekas Pelayan Gereja SIB dan pernah mewakili Bahagian ke Persidangan Agong SIB dan juga sebagai Pemerhati. - Kami Pemimpin Gereja dengan Pastor berkaitan ada cobah mengadakan mesyuarat penyelesaian dan perdamaiaan tetapi selalu dibatalkan/diberhentikan kerana mereka tak mahu mendengar penjelasan saya dan apa bila saya menyoal mereka berkenaan Isu-isu masalah Perkara berbangkit.Mereka Pastors tersebut mahu bergaduh dengan saya dan isteri semasa mesyuarat didepan Pemimpin lain yang campor tangan menahan mereka ini sehinggalah isteri saya pun menangis walaupun saya duduk diam saja memperhatikan gelagat mereka ini. Dulu masalah saya pernah dirujuk kepada bekas President SIB Pusat Sarawak yang memyuruh kami berdamai dan menganggapnya sebagai masalah pendapat masing 2x yang membuat mereka pun sangat marah dengan saya dan tak senang dengan SIB Pusat. -Saya memang siap diadili oleh pihak ketiga dengan diwakili Ahli Majlis SIB Pusat supaya masalah dan isu isu berbangkit diselesaikan tetapi mereka takut/tak mahu menyelesaikan masalah tersebut berhadapan dengan saya dengan kehadiran pihak ketiga/SIB Pusat.Mereka yang berkaitan hanya mahu suruh saya minta maaf,mengaku salah atas kesalahan dosa yang tidak pasti/tidak jelas,jangan bangkitkan isu isu masalah tersebut dan melupakannya tindakan disiplin tersebut tetapi tidak ada tindakan positif daripada mereka yang terbabit. Ada ahli Gereja SIB dan Gereja lain juga yang suruh saya pindah ke Gereja mereka supaya boleh melayani bersama tetapi Disiplin Hitam puteh mereka masih berkuat kuasa tiada tamat tempoh dan tidak pun ditarik balik. -Saya memberanikan diri menegur Pastor 2x berdasarkan saya sebagai seorang Pemimpin Gereja,Nabuatan Urapan Gideon dan Nabuatan Urapan Karunia Pengetahuan oleh Pendeta yang dipakai oleh Tuhan bila mendoakan saya. Karunia Penglihatan,mimpi dan pengertian pengetahuan mengenai Firman Tuhan kepada saya adalah nyata dan dari Roh Kudus.Roh Kuduslah yang mengajar kita dan memberi kita mengerti kebenaran Firman Tuhan. Ramai Pastor yang tersesat kerana ajaran di Sekolah Theologia yang berdeda Doktrinnya dan ada juga yang tidak diiktiraf.Kecualilah perkara tersebut nyata bertentangan dengan kebenaran Firman Tuhan perlu diperbetulkan. Adalah tanggong jawab saya untuk menegur dan memberitahu Pastor dan Pemimpin Gereja kerana Firman Tuhan suruh kita saling tegur menegur dan bantu membantu dan ada kasih. Jika tidak apakah kegunaan Firman Tuhan itu adalah untuk apa dan untuk siapa? Ketahuilah jika bukan jemaat/orang biasa, siapakah yang layak dipakai Tuhan untuk menegur Raja 2x dan Nabi 2x pada masa dahulu kala selain daripada nabi baru yang dipakai Tuhan. Apakah kerana mereka dipakai dan disuruh Tuhan pun ramai juga diantara Nabi 2x yang terkorban/dibunuh bukan kerana perlanggaran Nabi tersebut. Apakah kamu mahu rujukan Firman Tuhan berkaitan atau kamu orang yang percaya sepatutnya mengetahuinya bukan. -Sebenarnya saya boleh keluar dari Gereja SIB tetapi biarlah Tuhan yang menuntut keadilan untuk saya sekeluarga sehingga selesai masalah tersebut supaya tidak dipertanggong jawabkan keatas kita dan barulah saya dapat mengambil tindakan seterusnya. - Peraturan baru Gereja SIB sekarang tak boleh campor tangan dalam hal peribadi dangan Majlis Daerah SIB. Saya sudah tanya Setiausaha Pusat SIB Pastor Ruben Ato berkenaan masalah tersebut mereka kata masalah tersebut adalah masalah Daerah dan suruh saya sekeluarga bersabar. Saya ada merujuk kepada Ketua Daerah SIB Sibu yang baru iaitu Pastor Senawat Buaya tetapi dia tak berminat dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana itu hal Ketua Daerah yang dulu dan lagipun masalah tersebut tak boleh dirujuk dan tak boleh dibangkitkan. Sebab sebenarnya Pastor Senawat adalah Timb.Ketua Daerah pada masa itu dan mereka ambil tindakan disiplin terhadap saya atas nasihat dan tuduhan Fitnah Pastor Yusuf Anyie yang tak mahu berdamai dengan saya sekeluarga dan mengambil keputusan ikut nasihat bapanya yang suruh mereka menjauhkan diri daripada saya dan sekeluarga.Saya tahu mungkin masalah saya kerana tidak mahu berbohong(mengaku salah walaupun kamu tak buat salah kata orang kepada saya) dan juga tidak diplomatik. Anak isteri saya terpaksalah pergi ke Gereja lain kerana mereka mahu melibatkan diri dalam Pelayanan kerena denga Gereja SIB dilarang cuma dibenarkan menghadiri kebaktian hari minggu saja. Saya sekeluarga pun tak tahu jenis sembahyang apakah yang disuruh Ahli Majlis Sidang SIB Sibu suruh kami amalkan ini. Saya tak kisah/akur mereka menghalang saya melayani dan mengikuti kebaktian dan aktiviti Gereja lain dan biarkanlah mereka dipertanggong jawabkan kepada Tuhan diatas perbuatan mereka itu kerana saya dah buat yang terdaya. Kemuliaan,Hormat dan Kemenangan adalah kepunyaan Tuhan yang Maha Kuasa dan Hidup. Amen!Sekian harap maklum dan Tuhan memberkati anda.
SpiRituAL WaRfaRe
Shallom, Rupanya banyak posting2 yg saya tak baca lagi. Ini antaranya yg saya tak baca.
Saya tidak membaca 100%, mungkin 80% saja. Ini terjadi di mana2. Cuma mungkin dalam bentuk yang berbeza2. Ini nasihat saya dgn kasih dari TUHAN YESUS KRISTUS.
1. Maafkan perbuatan mereka. Bahkan berdoa bagi mereka.
2. Layanilah TUHAN dimana pun kamu berada, dalam keadaan apa pun dan dgn keberadaan kamu. Pelayanan pertama yg perlu kamu teruskan ialah... menjalankan amanat AGUNG. Pelayanan ini pasti tidak akan terbatas dgn gereja. Pasti TUHAN senang. Lakukan sehingga TUHAn membukakan jalan2 seterusnya di depan kamu.
3. Ingat, pintu pelayanan adalah dalam tangan TUHAN dan bukan manusia. Ingat daud? sewaktu samuel berjumpa ayahnya utk mengurapi salah seorg dari anak isai? Daud tidak dibawa bersama. Kenapa? Dimata ayahnya daud tidak layak. Bahkan samuel juga pada awalnya tertipu. Tapi Bapa syurgawi tetap tertarik dgn daud, kenapa? Hatinya cukup membuat senang. Akhirnya pintu yg tertututp dibuka.
4. Sekarang lupakan SIB buat sementara waktu. Layanilah TUHAN ALLAHmu dgn apa cara sekali pun. SIB is not everything. Pandang pada YESUS dan layanilah DIA.
Terlupa...., buat masa ini, lupakanlah dulu hajat utk duduk semeja. Di ladang TUHAN, jgn buang waktu, waktu sudah suntuk, ladang sudah menguning. Teruskan pelayanan dan beritakanlah injil.
Kalau SIB tutup pintu pelayanan, buka gereja sendiri. Anda tidak sendirian, YESUS yg dalam kamu pasti melakukan mukjizat yg sama.
Ingat ini, Anggap saja ini dari TUHAN, dan terus pandang TUHAN sebab mungkin TUHAN mahu kamu membuat perkara lain yg tidak kamu lihat. Keluar seperti abraham. Jalan terus.
Terima kasih Telawak diatas nasihat kamu itu. Ada beberapa Pastor SIB yang sudah keluar daripada Gereja SIB menasihati saya buat sedemikian jua. Begitu juga Pastor 2x Injili daripada Gereja Lain dan Pastor SIB yang di Luar Bhgn Sibu suruh kami sekeluarga berpindah supaya dapat terus melayani Tuhan dan membantu Gereja mereka dalam Pelayanan.
-Saya sekeluarga ada pergi ke Gereja Baptist SJ buat sementara supaya anak isteri saya dapat terlibat dalam Pelayanan Gereja.Tetapi mereka Pastor SIB iatu Ps Senawat Buaya dan Ps Yusuf Anyie terus menerus menasihati/mempengaruhi/memujuk Pastor Baptist SJ supaya tidak melibatkan/jangan mengambil saya dalam Kepimpinan Gereja kata mereka. Kerana tak mahu timbul masalah ada kerjasa diantara Gereja SIB dan Gereja Baptist maka saya tetap berserah dengan keputusan Tindakan Disiplin Pemimpin Daerah SIB Sibu tersebut supaya mereka dipertanggong jawabkan kepada Tuhan diatas tindakan/perbuatan mereka itu. Pendirian saya terus tinggal dengan Gereja SIB dan biarlah ia menjadi satu duri dalam daging mereka dan saya akan lakukan apa yang terdaya dan jalan yang dibuka oleh Tuhan walaupun ianya kecil/sedikit dan terpaksa melupakan/mengabaikan semua Nabuatan Tuhan/karunia Tuhan kepada saya selama ini kerana tindakan Disiplin SIB tersebut tidak mengizinkan saya untuk melayani.
-Saya sabar,tetap dalam Iman dan kepercayaan saya kepada Tuhan Yesus Kristus dan tunggu akan tindakan Tuhan dengan melihat kepada perkara tersebut sebagai satu Pencobaan seperti bagaimana kata Firman Tuhan kepada saya dengan jelas pada masa itu didalam Wahyu 3:7-13. Amen!
SpiRituAL WaRfaRe
saya ada kawan yang mengalami perlakuan yang hampir serupa dengan saudara. akhirnya dengan pimpinan Tuhan beliau memulakan pelayanan sendiri (sebuah pertubuhan misi dan kebbajikan). sekarang dampak pelayanannya sudah melampaui mancanegara.
Dalam buku kisah para rasul ada kisah perselisihan pendapat antara pauluus dan barnabas yang tidak ada jalan keluar selain berpisah.
dari pengamatan saya, masalah seperti ini justeru adalah jalan tuhan untuk memimpin kita pada satu pelayanan yang lebih besar..
Shallome semua. Indahnya bunga kerana rupa, indahnya dunia kerana bangsa, Indahnya Syurga kerana Bapa, indahnya kita kerana Dia! Hehehe.. God bless:lol:
shalom~~ sepa bole tolong saya?? saya sangat perlu kan pertolongan d saat ini~~( sesiapa yang ingin bantu saya sila snd jak msg oker) GBU ALL AMIN~~~:pray:
hello evryone!! di sini saya ingin nyatakan bahawa perkhemahan tunas remaja akan diadakan pada minggu depan... dan peringkat seluruh sabah... di kg badukan ranau sabah. oleh itu sy memohon pada saudara dan saudari supaya mendoakan program2 yg akan dilaksanakan supaya jadi . amen...
saya ada housemate beragama 'm'n mka pnh btnya n bcrta ttg agama dgn sy n teman seiman sy...tapi, sy akui yg sy ni seorang yg lemah n bl bckp psl agama nih sy akn mjd beremosi n oleh yg demikian sy akn jauhkn diri dr mka stp kli bcrta ttg agama...adakh tndakn sy ini betul? .....:no: